Ahad, 8 Mac 2015

Awak




 AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang dosa dan pahala,
Tentang syurga dan neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya.

AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang beriman dengan Allah SWT,
Tentang Rasul yang selalu kasih pada umatnya,
Tentang iman hari ini yang aku miliki, 
Tentang nikmat  yang diberi. 

AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang malaikat yang sentiasa di sisi,
Tentang mati yang pasti,
Tentang esok hidup belum pasti,
Mungkin sebentar lagi mati dan saya tak boleh lari.


AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang kita adalah seorang hamba,
Tentang kita tidak boleh menolak takdirNya,
Tentang Allah yang memilik segala,
Tentang saya hamba Nya. 

AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang mulianya manusia kerana Islam,
Tentang berharganya manusia kerana iman,
Tentang Quran dan hadis yang petunjuk jalan, 
Tentang Allah yang sentiasa memberi peluang.

AWAK
Tolong ingatkan saya,
Tentang gembira yang aku mesti syukuri,
Tentang sedih dan derita yang menguji,

AWAK 
Tolonglah ingatkan saya,
Sebab saya selalu terleka dengan dunia yang sementara.